facebook LIKE PAGE DIBAWAH & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

TOS

Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan jawatan kosong di laman portal kerja kosong ini, sila baca dahulu sebelum anda ke ruangan seterusnya iaitu ruangan pengisian borang jawatan kosong. Juga PERINGATAN bagi mana-mana individu yang ingin memohon kerja, anda adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk mengisi borang ini, kerana borang ini adalah untuk MAJIKAN yang ingin mengiklankan jawatan kosong di laman portal ejobskini SAHAJA.

SYARAT DAN TETAPAN UNTUK MENGIKLANKAN SEBARANG INFO JAWATAN KOSONG DI EJOBSKINI.


1. Pihak kami tidak akan menerima atau meluluskan info jawatan kosong yang berkaitan dengan MLM, Affiliate Marketing dan sebagainya.

2. Pihak majikan adalah dibenarkan untuk mengisi seberapa banyak borang permohonan yang kami sediakan untuk anda mengiklankan sebarang kekosongan jawatan di syarikat atau kompeni anda.

3. Hanya satu (1) jawatan sahaja dibenarkan untuk setiap borang permohonan, sekiranya anda (majikan) ingin mengiklankan lebih daripada satu (1) jawatan kosong, sila isi borang permohonan yang lain atau seterusnya.

4. Hanya FORMAT penulisan yang ditetapkan oleh pihak kami sahaja akan DILULUSKAN. Banyak majikan yang tidak mengikut format tulisan tidak kami luluskan sebelum ini.  Contohnya seperti format tarikh, format huruf (lowercase & uppercase). Mohon supaya anda mengikut format yang telah kami tetapkan (sila rujuk contoh tetapan format yang diluluskan pada gambar seperti dibawah).

5. Hendaklah memasukkan data-data selengkapnya, contohnya seperti alamat yang lengkap. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan prasangka pemohon kerja untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.


SARANAN DARI KAMI


Terdapat juga beberapa ruangan di borang permohonan yang tidak kami wajibkan untuk anda isi, namun pihak kami amat-amat menyarankan agar pihak majikan memasukkan logo syarikat dan juga butiran info syarikat selengkapnya, ini adalah bagi tujuan SEO (Search Engine Optimize) agar mendapat ranking pada enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.


TARGET DAN KELEBIHAN


1. Buat masa ini pihak kami di ejobskini tidak akan mengenakan bayaran kepada mana-mana majikan yang ingin mengiklankan jawatan kosong dan ianya adalah  PERCUMA.

2. Info jawatan kosong yang terpilih akan kami publish dilaman-laman sosial milik kami yang mempunyai jumlah pengikut melebihi 1 juta. Sekiranya jawatan kosong yang anda iklankan diweblog kami tidak kami publish di mana-mana laman sosial kepunyaan kami, jangan risau kerana pengikut kami sentiasa diatas talian weblog ejobskini sekitar 500-1000 user pada setiap masa.

JAWAPAN & PERANCANGAN


Ramai juga majikan yang email dan mesej pihak kami untuk membayar sejumlah wang supaya artikel pos mereka berada di kedudukan future atau utama pada weblog dan juga laman sosial milik kami. Ini adalah jawapannya - InsyaAllah kami akan pertimbangkan dan merancang jumlah bayaran yang akan dikenakan nanti bagi mana-mana majikan yang berminat untuk meletakkan pos mereka di kedudukan future. Akan diumumkan kemudian.


TETAPAN FORMAT YANG DILULUSKAN (LIHAT GAMBAR DI BAWAH)




TETAPAN FORMAT YANG DILULUSKAN


TETAPAN FORMAT YANG DILULUSKAN