Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Sebagai Kerani di Bank Rakyat - 21 Mei 2017

Jawatan kosong terkini sebagai kerani di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sebagai :

1. KERANI

Tarikh tutup permohonan 21 Mei 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun / Swasta

Jawatan Kosong

SEJARAH 
Bank Rakyat telah ditubuhkan pada Bulan September 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan pergerakan koperasi di Semenanjung Malaysia.

Bagi memudahkan perkembangan pergerakan koperasi, pihak koperasi telah menubuhkan bank persatuan masing-masing bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada ahli-ahli mereka.

Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan membuat keputusan untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank)

Pada tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad telah menggantikan Bank Agong dengan membuka keahlian tidak hanya terhad kepada koperasi, tetapi juga kepada individu. Berikutan pertukaran kepada undang-undang kecil juga telah menyebabkan penubuhan subsidiari syarikat dan pembukaan cawangannya bagi melayan pelanggan dan juga keahlian.

Pada 6 Januari 1973, nama Bank tersebut telah ditukar kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Bank Rakyat diselia oleh Undang-undang dan Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202), yang membenarkan Bank Rakyat menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli.

Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi dan Kementerian Kewangan.

Pada tahun 1993, Akta Koperasi telah disemak semula bagi membenarkan Bank beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Pada bulan Mei 8 1993, Bank Rakyat telah mengorak langkah ke arah bank koperasi syariah dengan memperkenalkan produk perbankan islam di empat cawangannya.

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai sebanyak 142 cawangan yang menawarkan kemudahan perbankan Islam kepada pelanggannya.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong